Langkawi 2013 – the Sunset

3.9.13

Assalamualaikum..

Kita bertemu lagi di entri yang kedua.. entri yang pertama boleh baca kat sini the Arrival.

Entri ini merupakan sambungan untuk entri yang pertama, pada hari yang sama.

Selepas kitorang tengok pameran maritim tu, kitorang naik shuttle balik ke Mahsuri Exhibition Centre. Kemudian kitorang decide untuk jalan-jalan terus ke Pantai Chenang.. bayangkan laa kitorang dari pagi sampai ke malam tak balik-balik ke homestay lagi.. hahaha.

Memandangkan hari dah petang, kitorang pun lepak-lepak kat Pantai Chenang, ambil gambar.. cantik!! Dengan pantainya yang putih gebu dan menghadap ke arah barat, maka kitorang dapatlah menikmati keindahan matahari terbenam. Subhanallah..

1-DSC_0381

Kitorang lepak kat situ, sembang-sembang amek gambar, tengok orang joging.. hehehe

1-DSC_0397-001

Masing-masing sibuk amek gambar, layan feeling SUNSET kat Chenang ni..

1-DSC_0412

Okay shade OAKLEY ni baru je aku beli sebab nampak menari.. even pakai spek pun beli shade kan.. bukan nak pakai selalu, buat bergaya jee..

1-DSC_0414

Apabila matahari melabuhkan tirainya.. tetiba aku teringat waktu sekolah rendah dulu selalu suka lukis matahari dekat celah-celah gunung macam ni kan?? hehehe

1-DSC_0423

Budak-budak aero.. dari kiri Apek, Isang, Bulat, Padil, Wan, Abe dan Yen..

1-DSC_0496

Langkawi Permata Kedah.. Langkawi ni cantik, tapi bagi aku pulau-pulau kat Malaysia ni banyak sangat maksiat.. pub, club, arak.. hmmm.. nak attract foreign tourist lah katakan.

1-DSC_0500

Kemudian kitorang solat Maghrib kat surau dalam chalet berdekatan.. lepas solat, kitorang makan KFC dan finally we go to Haji Ismail Group! Oh yea, kalau korang nak tau, HIG dah ada bangunan baru, besar!

Aku kat sini shopping coklat je.. RM300.. hehehe.. then mak kirim periuk pressure.. ahh angkut je la periuk tu even besar. hahaha

1-DSC_0545

Lepas shopping kitorang pun pergi Dataran Lang.. amek-amek gambar macam biasa. Aku suka amek gambar malam-malam sebab cantik tengok lampu-lampu, tapi nak amek gambar malam-malam agak susah sebab shutter speed mesti perlahan, iso kena rendah dan memerlukan stand!

1-DSC_0551

Okay, ni adalah gambar terakhir untuk hari ni sebab battery camera aku dah OUT!

1-DSC_0570

Selepas lebih 12 jam perjalanan, kitorang pun jejakkan kaki kat homestay buat pertama kalinya.. penat bohhhh. Nak cari homestay punyalah susah sebab dah malam, nak cari jalan lagi.. hahaha. Nasib baik memasing ada smart phone. Aku pakai iPad aku je cari jalan. Memasing macam haram nak guna GPS.. macam takde function je smart phone tu.. wakkakaka.

Hehehhee. Okay, itulah catatan perjalanan kami pada hari Jumaat, 29 Mac 2013..

Kita bertemu lagi dalam entri yang akan datang bertajuk the Show. Sambung baca di sini – the Show

You Might Also Like

9 komen

  1. Langkawi mmg best.. pergi bnyak kali pun tak bosan.. cantik gambar2 tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah, terasa nak pergi pulau payar.. katanya cantik.. hehe

      Delete
  2. coklat kt langkawi..murah2..hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. tau xperr, beli bebanyak pun tak rasa mahal.. walhal.. haha

      Delete
  3. sunset! lawanya.. Indah kan ciptaan Allah. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup, ni baru satu.. byk lagi ciptaan Allah yg cantik2.. :)

      Delete
  4. cantiknye view die..nak pegi langkawiiii jgakkkkkk...

    ReplyDelete
  5. cantik especially yang ada ray ban kat depan tu ^_^

    ReplyDelete

Komen kalau korang manusia!

Like us on Facebook