Oil & Gas Safety Passport (OGSP)

30.11.13

Hye alls.


Selamat malam warga Malaysia dan warga Bumi! Aku baru je balik JB ni setelah sebulan seminggu berada di perantauan. Ecewahh.

Dah lama jugak la tak update blog ni, dah bersawang dah ni.. tapi don't worry, I've renewed my passport (for real). Malam ni aku nak cerita la sikit pengalaman buat OGSP ni aka Oil & Gas Safety Passport.

Apa tujuan buat OGSP?

Tujuan OGSP ni adalah untuk mendidik pekerja dan pelawat tentang langkah-langkah keselamatan yang perlu diambil sewaktu pergi ke oil and gas terminal. Tak kisah la offshore ke onshore ke, nak masuk terminal tu kena ada passport ni.

Harga untuk membuat OGSP adalah RM250, masa yang diambil pula hanya sehari yang merangkumi 7 jam lecture dan 1 jam peperiksaan. Hari tu aku buat OGSP kat NIOSH JB, mashaallah mashaallah exam dia senang gila! Kalau bangla boleh lulus, pakistan boleh lulus, korang kompem boleh lulus! Nama je exam, tapi buat dalam group. Har har har. Siap boleh discuss lagi. Siap kena tolong bangla jawab lagi tu. hahaha.

Jadi selepas 3 hari waktu bekerja, korang boleh check result korang sama ada secara online ataupun call NIOSH di cawangan anda ambil peperiksaan. Selalunya better call la sebab macam aku hari tu check online memang tak dapat, tapi bila call cakap kad dah siap. Haa ape lagii.

Lagi satu kalau korang memang jenis travel kan, contoh office korang kat KL tapi korang buat OGSP kat Penang, korang boleh cakap awal-awal kat office NIOSH tu untuk issue kan kad tu kat cawangan yang terdekat dengan office korang. Maksudnya, kad tu nanti korang boleh ambil kat cawangan yang terdekat laa.

Ayat macam berterabur la, aku dah takde skill menulis blog macam dulu.. huhuhu. maaf la yer. dah malam ni. Dah la tadi terlepas bas sampai ke Larkin, tak pepasal kena naik teksi ke Taman Universiti.. Nak tau berapa harga? Harga dia sama dengan harga tiket bas dari Shah Alam ke JB!

Ok la, esok pagi aku ada exam SPA.. air traffic controller. I'll try my best insyaAllah. Just nak tau scope pekerjaan, gi interview, tapi taktau la kalau dapat aku nak kerja situ atau tak. Wallahualam.

Goodnight peeps. Banyak cerita nak cerita kat korang ni.. antaranya cerita pergi Miri! hehehe

You Might Also Like

4 komen

  1. Bila dah ada kad tu, berapa lma kad itu berfungsi sebelum expire date??

    ReplyDelete
  2. apa link nk register OGSP ni ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. maaf lambat :) OGSP ni kalau nak daftar kena call dia, booking dulu dan minta hantar borang melalui email.. tak silap saya dulu syarikat yang daftarkan, dan macam ni lah caranya. Then saya bawak borang tu pergi ke NIOSH dan hantar kepada mereka sewaktu pendaftaran.

      untuk maklumat lanjut boleh layari laman web NIOSH http://www.niosh.com.my/nsp/?page_id=53

      Delete
  3. Nak naik platform offshore x perlu ogsp pun bro.. ogsp utk plant n terminal kat darat je.. kalau naik offshore mcm petronas platform kena ada bosiet, medical dan e-osp..

    ReplyDelete

Komen kalau korang manusia!

Like us on Facebook