Phuket - Krabi Getaway | Day #1

18.1.14


Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera buat rakan-rakan dan bloggers sekalian!

Khun sabai di mai?

Pada minggu lepas aku telah pun melengkapkan negara ketiga dalam siri penjelajahan aku meneroka Asean iaitu Thailand!! Misi aku cuma satu iaitu menjejakkan kaki ke negara-negara Asia Tenggara seperti Indonesia (done), Singapore (done), Thailand (done), Myanmar, Vietnam, Filipina, Kemboja, Brunei dan Laos! 

Sedikit penerangan tentang trip kali ni..

10/1 - Bertolak dari KL ke Hatyai
11/1 - Tiba di Hatyai, meneruskan perjalanan ke Patong Beach, Phuket
12/1 - Meneruskan perjalanan dari Phuket ke Ao Nang Beach, Krabi
13/1 - Island Hopping ke Phi Phi Island (8 pagi sampai 5 petang)
14/1 - Emerald Pool, balik Malaysia jam 7 petang

Kos - RM650 termasuk hostel, pengangkutan dan Island Hopping..
Kos tambahan - Makan dalam 200 baht sehari (RM20).. shopping dan lain2.. bajet sendiri.. hehe

Back to our journey..

KL-Hatyai

Seramai 10 orang telah menyertai trip ke Thailand ini iaitu Azim yang bertindak sebagai ketua, Anis, Black, Hisyam, Azie, Jiha, Afdhal, Isang, Safuan dan aku. Kami semua berkumpul di Pudu Sentral jam 11 malam pada 10 Januari kerana bas kami ke Hat Yai akan bertolak jam 11.30 malam.

Jam 5.00 pagi, kami tiba di sempadan dalam negeri Kedah.. kami berehat untuk beberapa minit kerana sempadan Malaysia-Thailand akan dibuka jam 6.00 pagi. Dalam waktu itu kami mengambil peluang tersebut untuk gosok gigi, minum, tukar duit, buang air dan macam-macam lagi.

Sebaik saja jam 6.00 pagi, kami meneruskan perjalanan ke Thailand.. Kami kena turun dua kali untuk pemeriksaan passport dan imigresen. Pertama hanya periksa passport di Imigresen Malaysia, kemudian untuk kali kedua kami terpaksa membawa segala barang-barang kami untuk pemeriksaan lanjut di Imigresen Thailand berhampiran Pekan Dan Nok.. masih ingat lagi tragedi pengeboman di Dan Nok? 


Setelah selesai semua urusan di imigresen, kami meneruskan perjalanan ke Hatyai dan tiba di sana jam 8.00 pagi (9.00 pagi waktu Malaysia). Sebaik saja tiba di Pekan Hatyai, kami pun menjamu selera, sarapan di restoran Muslim. Harga di sana tidaklah mahal mana, boleh dikatakan harga normal seperti di Malaysia. Aku order roti telur banjir.. nyamnyamnyam.. Oh yea, pekerja di restoran tersebut boleh berbahasa Melayu dengan fasih.


Hatyai - Phuket

Kami meneruskan perjalanan ke Phuket pada jam 9.30 pagi dengan menaiki van yang telah disewa. Perjalanan mengambil masa selama 7 jam.. yup, 7 jam! Nak dengar radio, radio rosak.. nak sembang dengan driver, driver sibuk bergayut dekat phone.. sepanjang perjalanan dia gayut dekat phone tu.. tsk tsk tsk. Apa yang kitorang mampu buat hanyalah tidur! hahaha


Kami tiba di Pantai Patong, Phuket pada jam 4 petang! Di Patong, kami menetap di Bee Hive Hostel.. jarak dari hostel kami ke pantai agak jauh, tapi kalau dah nama backpacker, suka berjalan-jalan, jarak 1km-2km tu apalah sangat kan? Unless kalau korang datang dengan family, tak larat nak jalan, boleh sewa motor.


Setelah check-in, kemas barang dan rehatkan badan, kami pun bersiap ke pantai untuk mandi! SHOWTIME! Muahahahha. Kitorang jalan kaki je, setengah jam jugak la.. tapi jalan kaki tak bosan sebab penuh dengan kedai-kedai, melihat panorama di petang hari.




Lepas mandi kami pun pulang ke hostel.. after solat kami pun masak laa Maggi yang dibawa khas dari Malaysia.. first nak jimat, second sebab kurang kedai halal.. kalau ada pun mahal la.. third, kalau halal tu tak sure la halal betul ke tak sebab waitress dia siap bagi salam tapi dalam kedai ada beer.. kah3.. so be careful ok!

Bangla Road

Lepas makan Maggi, kami pun berjalan ke Bangla Road!!

Oh yeahh.. bila sebut Bangla Road, mesti korang teringat dekat Chow Kit Road kan? Memang takde kaitan pun antara dua jalan ni, malah tiada persamaan langsung. Bila sebut Bangla Road, mesti ingat jalan tu penuh dengan bangla jual karpet ataupun aiskrim.. atau..


Oh yeahh.. hakikatnya.. inilah Bangla Road.. penuh dengan pub, kelab, free show, free sexy dance, penari tiang dan macam-macam lagi! Masyuukkkk.

Review Bee Hive Hostel

Okay, nak cerita sikit tentang Bee Hive Hostel ni.. dah nama pun hostel, so bilik tu memang macam hostel la.. ada 4 katil double-decker yang boleh memuatkan 8 orang. Hostel dia sangat selesa, ada aircond, WIFI, rice cooker, TV dan water heater. Harga pun murah.. lagipun kitorang tak kisah sangat pasal tempat tinggal..

Kawan aku pernah cakap, "Prinsip backpacker dalam mencari tempat tinggal mudah je, cuma cari tempat yang boleh letak barang dan rehat.." hehehe macam tu la dia cakap.. ye la, kami ke sana nak berjalan, bukan nak tidur memanjang.. asalkan barang semua selamat, cukuplah :)

Di sekeliling hostel pun banyak kedai runcit, ada ATM, 7-Eleven kat Thailand memang bersepah.. jadi boleh dikatakan Bee Hive Hostel adalah tempat yang sesuai untuk menetap buat backpackers yang suka travel!




Okay, tamat lah sudah cerita hari pertama.. cerita pada hari kedua, kami meneruskan perjalanan dari Phuket ke Krabi! Kisah perjalanan yang menarik dan cantik akan menyusul tak lama lagi..

Kisah percutian di laut nan membiru? Nantikan kisah seterusnya... hehehe
Ingin baca entri seterusnya? Klik Phuket-Krabi Getaway | Day #2

You Might Also Like

7 komen

  1. Wow ! Bestnya dapat g sana. Hehehehe...

    ReplyDelete
  2. werr~ bestnya g krabi. hope dpt g jugak nanti. ihiks :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe memang best pun kalau gi ramai2.. serious best! kumpul duit yer!

      Delete

Komen kalau korang manusia!

Like us on Facebook