10 Kesilapan Besar Anda Sering Lakukan Pada Usia 20-an

13.9.14

Assalamualaikum.

Kali ini aku akan kongsi sebuah artikel tentang kesilapan yang anda sering lakukan pada usia 20-an. Mungkin anda pernah terbaca di laman sosial tentang hierarki umur dalam menguruskan kehidupan, misalannya pada usia 20-an kita perlu berusaha mencari harta, kemudian pada usia 30-an pula kita mula membina kehidupan, berkahwin dan berkeluarga, dan pada usia 40-an pula kita akan mula menikmati kehidupan, merasa hasil penat lelah kita.


Bagi aku hierarki tersebut tidak 100% tepat. Aku tak kata salah, tapi ada benarnya. Pada usia muda kita haruslah menumpukan kehidupkan kita untuk mencari harta dan aset, bukan enjoy melepak dan melagho.

Berikut adalah 13 kesilapan yang dimaksudkan:


1. MEREKA BERFIKIR PENDIDIKAN DAN BAKAT ADALAH CUKUP UNTUK BERJAYA. 


Kecerdasan yang tinggi, bakat semula jadi, dan ijazah dari universiti-universiti adalah perkara-perkara yang baik untuk dicapai, tetapi itu bukan jaminan untuk mereka mendapat pekerjaan yang baik - dan tidak bernilai jika tidak dilakukan dengan kerja keras.

Anda akan merasa sendiri betapa susahnya untuk memulakan pekerjaan tanpa pengalaman, jadi gunakan ruang yang ada untuk mencari pengalaman bekerja.

2. MEREKA TIDAK MULA MENYIMPAN WANG. 


Satu kajian Bankrate yang melibatkan 1,003 orang mendapati bahawa 69% daripada mereka yang berumur 18-29 tidak mempunyai simpanan sewaktu bersara. Persaraan anda mungkin masih lama, tetapi anda lakukan sendiri kerugian yang besar jika anda tidak menyedari kepentingan menyimpan secepat mungkin.

3. MEREKA MENYAMAKAN KEBAHAGIAAN DENGAN WANG. 


Pangkat dan gaji yang besar sudah tentu boleh membuat anda lebih bahagia, tetapi ada banyak lagi kejayaan selain daripada itu.

Anda pasti akan menyesal pada masa hadapan jika anda mengejar wang, bukannya cita-cita. Jika anda mengejar cita-cita, anda akan bahagia melakukan apa saja pekerjaan anda.

4. MEREKA MENGABAIKAN KESIHATAN MEREKA.


Apabila usia meningkat, anda tidak akan mempunyai masa yang mencukupi untuk bersenam kerana kesibukan di tempat kerja, atau pun meluangkan masa untuk keluarga. Gunakan masa yang ada, atau mencari ruang untuk melakukan senaman ringan, paling kurang adalah 20 minit sehari.

Jika anda sakit, maka ini akan menyukarkan anda untuk melakukan kerja atau apa saja aktiviti pada masa hadapan. Anggaplah kesihatan pun satu pelaburan untuk masa depan.

5. MEREKA MUDAH MENYERAH KALAH APABILA MENGHADAPI MASALAH. 

Putus cinta, dipecat dari pekerjaan dan hilang harta yang anda kumpulkan boleh menjadi sesuatu yang memusnahkan kehidupan anda jika ia berlaku buat pertama kali. Tapi ingat, segala masalah ada jalan penyelesaiannya. Anda harus tabah dan optimis segalanya akan kembali menjadi baik. Anda juga harus menjadikan segala kegagalan yang anda hadapi sebagai pengajaran untuk meningkatkan potensi diri.

6. MEREKA CUBA UNTUK MENJAGA HATI SEMUA ORANG. 


Apabila anda memulakan kerjaya anda, ia kelihatan semula jadi untuk anda mahu menjadi mesra dengan ketua anda, pelanggan, dan rakan-rakan anda. Anda akan lakukan perkara tersebut daripada kecewa dan sedih apabila anda sedar sebahagian daripada mereka tidak suka anda.

7. MEREKA BERFIKIR SEMUA PERSAHABATAN AKAN KEKAL SELAMA-LAMANYA.


"Kawan kolej anda yang anda fikir akan menjadi sahabat terbaik buat selama-lamanya? Sesetengah daripada mereka masih akan menjadi rakan anda apabila berusia 40 tahun, tetapi kebanyakannya akan sibuk melakukan perkara yang mereka impikan." kata Sutherland Cutter.

8. MEREKA BERFIKIR BERPINDAH KE TEMPAT BARU AKAN MENYELESAIKAN MASALAH 


Mengembara dan tinggal di suatu tempat baru boleh menambah pengalaman yang menarik, dan usia 20-an adalah masa terbaik untuk melakukan kedua-duanya. Tetapi, jangan berfikir bahawa berpindah ke tempat baru bermakna anda akan mendapat kehidupan dan arah tuju hidup yang baru.

9. MEREKA MELIHAT PERKARA DALAM HITAM PUTIH. 


Sebagai contoh, sesetengah mereka merasa mereka perlu memilih antara kerjaya yang memberi manfaat kepada diri mereka sendiri atau yang memberi manfaat kepada orang lain. Ini tidak bermakna mementingkan diri sendiri tidak akan dapat berbakti kepada dunia.

Dengan memberi kepentingan yang lebih untuk diri sendiri dalam memilih kerjaya, ianya akan merangsang anda untuk melakukan yang terbaik buat masyarakat.

10. MEREKA CUBA MEMBUAT PERANCANGAN JANGKA MASA PANJANG.


"Sukar untuk meramalkan di mana anda akan berakhir dan apa yang anda akan lakukan," kata Choi. Jadi berhenti membuat perancangan masa depan lima tahun anda dan beri tumpuan kepada matlamat anda serta-merta.


Berikut adalah antara kesilapan-kesilapan yang kita sering lakukan. Dengan menyedari tentang kesilapan ini, kita mungkin boleh melakukan sesuatu yang dapat mengubah masa depan kita.

Sumber: Business Insider

You Might Also Like

0 komen

Komen kalau korang manusia!

Like us on Facebook