16 Kebaikan Meminum Air Lemon Suam

31.1.16

Lemon adalah buah-buahan sitrus kaya dengan vitamin C yang dapat meningkatkan kecantikan anda dan dapat meremajakan kulit. Salah satu kebaikan kesihatan utama minum air lemon suam ialah ia merupakan salah satu jalan untuk mengurangkan berat badan dengan lebih cepat, sekali gus bertindak sebagai petua mengurangkan berat badan yang bagus.


16 Kebaikan Meminum Air Lemon Suam

1. Lemon adalah sumber yang sangat baik dan kaya dengan vitamin C, nutrien penting yang melindungi tubuh daripada kekurangan sistem imun.
2. Lemon mengandungi serat pektin yang sangat bermanfaat untuk kesihatan kolon dan juga berfungsi sebagai anti-bakteria yang kuat.
3. Ia membantu untuk mengekalkan tahap keseimbangan pH dalam badan.
4. Meminum air lemon suam pada awal pagi membantu mengeluarkan toksin dalam badan.
5. Ia membantu penghadaman dan menggalakkan pengeluaran hempedu.
6. Ia juga merupakan sumber asid sitrik, kalium, kalsium, fosforus dan magnesium yang baik.
7. Ia membantu menghalang pertumbuhan dan pembiakan bakteria patogenik yang menyebabkan jangkitan dan penyakit.
8. Ia membantu mengurangkan kesakitan dan keradangan pada sendi dan lutut kerana ia dapat melarut asid urik.
9. Ia membantu menyembuhkan selsema kerana kandungan Vitamin C yang banyak.
10. Kandungan kalium dalam lemon membantu menyegarkan sel saraf dan otak.
11. Ia membantu hati dengan menyediakan tenaga kepada enzim hati apabila ianya terlalu cair.
12. Ia membantu mengimbangi tahap kalsium dan oksigen dalam hati. Sekiranya pedih ulu hati, mengambil segelas air lemon pekat boleh memberi kelegaan.
13. Ia memberi manfaat yang besar kepada kulit dan ia menghalang pembentukan kedutan dan jerawat.
14. Ia membantu mengekalkan kesihatan mata dan membantu melawan masalah mata.
15. Membantu dalam pengeluaran jus penghadaman.
 16. Air lemon membantu menambah garam badan terutama selepas sesi senaman berat.

You Might Also Like

4 komen

  1. Assallammuallaikum..salam ukhuwah dari Indonesia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam, terima kasih sudi mampir :)

      Delete
  2. agree with you and also agreed and consensus. thanks to its blogwalking. This is very useful article.
    http://www.cetak-cd.com
    http://www.chat-id.com/new
    http://soundbit.me
    http://yelpindonesia.com
    https://tanyadanjawab.com
    http://ngobrol.in

    ReplyDelete

Komen kalau korang manusia!

Like us on Facebook