Rawatan Akar

4.10.16

Assalamualaikum semua,

Hari ini aku nak kongsi pengalaman pertama aku dalam mendapatkan rawatan akar gigi, atau turut dikenali sebagai 'root canal treatment'.

Kos rawatan ini agak mahal, iaitu sebanyak RM800 untuk sebatang gigi. Proses rawatan akan mengambil sekurang-kurangnya 2 sesi. Sesi pertama macam biasa, jumpa doktor cakap sakit gigi, kemudian doktor akan diagnos dan menyarankan rawatan yang sesuai. Jika sakit gigi, selalunya doktor akan bagi antibiotik dan ubat tahan sakit untuk meredakan sakit gigi tersebut. Pada perjumpaan yang kedua, barulah sesi rawatan pertama dimulakan.

Sesi 1 - Doktor akan mengorek gigi anda sehingga saraf gigi dijumpai. Saraf tersebut perlu dibuang kerana telah dijangkiti kuman. Inilah yang dinamakan rawatan akar, membuang saraf yang menyebabkan rasa sakit. Setelah saraf dibuang, ubat akan diletakkan di dalam rongga gigi yang telah dikorek, dan doktor akan membuat tampalan sementara. Rawatan sesi pertama, siap!

Sakit? Sakit gila!!! Sakit gigi pun rasa macam nak tumbuk orang.. inikan pula gigi dikorek-korek. ouchh!

Hehehe. Tak sakit pun sebenarnya, sebab doktor akan letak ubat bius. Seriously tak sakit! So kalau nak buat rawatan akar, jangan risau ya kawan-kawan.

Sesi 2 - Untuk sesi kedua, doktor akan membuka tampalan lama dan melihat kuman di kawasan saraf yang dijangkiti itu masih ada atau tidak. Jika tiada masalah apa-apa, tampalan kekal bolehlah dibuat terus. Dan tiada lagi sakit gigi yang akan melanda gigi tersebut, forever!

So far, aku baru saja jalani sesi pertama, kena tunggu seminggu baru jumpa doktor lagi.

Jadi jika korang nak buat rawatan akar, jangan risau kerana ianya tidak menyakitkan. Kecuali satu, ia menyakitkan duit korang. Huhuhu.

You Might Also Like

0 komen

Komen kalau korang manusia!

Like us on Facebook